Subscribe:

Ads 468x60px

what you need?

Khamis, 6 Mac 2014

Bagaimana Cara untuk Memperlihatkan Dapur Yang Sempit Menjadi Lebih Luas???


Tentukan lokasi dan keluasan ruang dapur anda. Pastikan pelan lantai dapur selari dengan konsep pilihan. Sekiranya anda ingin mewujdukan breakfast table yang berfungsi sebagai sempadan ke ruang yang lain, wujudkan dapur reka bentuk "U" untuk keselesaan anda, selain memudahkan aliran trafik di ruang dapur
Jika keluasan dapur anda bersaiz kurang lapan kaki persegi, tempatkan binaan sinki di ruang dapur basah agar tidak mewujudkan ruang yang sesak dan terlalu sarat. Lihat peruntukan bajet anda sebelum melakukan sebarang proses renovasi. Ini kerana peruntukan bajet mengikut kemampuan akan menentukan jenis material dan reka bentuk kabinet yang akan dihasilkan oleh pereka.



Tentukan peralatan dapur yang akan digunakan untuk aktviti memasak. Elakkan ‘ducting’ (sistem saliran) di bahagian atas kabinet kerana melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Selain itu, penggunaan chimney juga melibatkan kos yang tinggi, terutama dalam proses penyelenggaraan ketika rosak. Sebaiknya gunakan slim cooker hud untuk aplikasi ruang dapur yang lebih selesa terutama untuk mereka bentuk kabinet atas yang lebih menarik.

 Pastikan anda membuat pilihan warna dengan meneliti konsep keseluruhan ruang kediaman. Jika ruang dapur anda terhad, elakkkan penggunaan warna gelap yang boleh menjadikan ruang lebih kecil. Faktor pemilihan sistem di dapur dan aksesori perlu diberi perhatian. Sebaiknya wujudkan sistem plate shelve dalam rekaan built in kabinet agar peralatan dapur dapat disimpan dengan lebih kemas dan teratur. Selain itu, rekaan ini juga dapat mengelakkan habuk, debu dan serangga.


Aplikasi pull-out basket dan soft close hinges juga praktikal untuk memastikan ruang dapur anda sentiasa kelihatan bersih, kemas dan teratur. Pilih material yang berkualiti untuk memastikan rekaan kabinet dapur tahan lama dan tahan lasak. Material aluminium adalah pilihan material terbaik untuk aktiviti lasak di dapur. 




Sekiranya anda mempunyai peruntukan kewangan yang kecil dan bajet, pemilihan material jenis stainless steel boleh dijadikan alternatif. Selamat Mencuba......

0 ulasan:

Catat Ulasan