Setiap kali anda merancang dapur baru anda, 1 dari keputusan penting yang anda perlu buat adalah tentang pemilihan pintu untuk dapur baru anda kerana pintu kabinet adalah 1 kawasan permukaan terbesar yang anda akan lihat di dapur.
Pintu-pintu kabinet adalah komponen yang memberi karakter kepada dapur anda. Ia dapat menunjukkan dapur anda kelihatan English style, moden, tradisional dan macam-macam lagi. Konsep dapur dan gaya dapur yang anda nak bergantung kepada kemasan, corak pada pintu (warna) dan aksesori pintu kabinet.
Ada banyak bahan yang boleh digunakan dalam pembinaan pintu-pintu kabinet. Antara yang popular adalah kayu solid, kaca 3D, arcylic, aluminium, keluli tahan karat, chipboard, MDF board, dan beberapa lagi. Untuk hasil yang menarik, gabungan 2 material yang berlainan akan menimbulkan lagi kabinet dapur anda.
0 ulasan:
Catat Ulasan